Make your own free website on Tripod.com

Parti Sosialis Malaysia - Click for Home

Kenyataan Akhbar 14.9.2000

Pengswastaan skim anuiti KWSP

PSM menyokong tindakan MTUC

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyokong tindakan yang diambil oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menasihatkan para pekerja untuk menolak Skim Anuiti KWSP.

PSM berpendirian sedemikian berdasarkan hujah-hujah berikut:

  • Tindakan KWSP membiarkan Syarikat Insuran Swasta mengendalikan Skim Annuiti pekerja ialah tindakan pengswastaan Skim Pekerja dan hanya akan menguntungkan para kapitalis daripada menguntungkan para pekerja.
  • Setakat ini, satu proses mendapat maklumbalas dari para pencarum KWSP iaitu para pekerja tidak dibuat dan skim ini dilakukan tanpa perundingan dengan para pekerja yang menjadi pencarum kumpulan wang ini.
  • Setakat ini KWSP telah gagal untuk menjelaskan rasional mengenai Skim ini baik dan telah gagal memberi alasan yang munasabah mengapa skim ini perlu diswastakan.
  • Selain daripada itu, PSM kesal dengan tindakan Syarikat-syarikat Insuran swasta yang telah secara agresif mendampingi para pekerja dan cuba menjual skim ini walaupun ada banyak persoalan yang masih belum dijawab.
Berdasarkan keraguan ini, PSM menganggap tindakan KWSP menswastakan Skim ini merupakan satu langkah yang tidak bijak dan tidak ikhlas. Para pekerja yang menjadi tunggak utama KWSP tidak diberi masa yang secukupnya untuk meneliti atau membahas skim ini.

Motif keuntungan lebih dari kesejahteraan pekerja nampaknya menjadi penentu utama polisi ini. Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak:

  • Wang Simpanan Pekerja tidak diswastakan.
  • Skim Anuiti ini ditangguhkan untuk membolehkan skim ini dibahas oleh para pencarum
  • Syarikat Insuran berhenti serta-merta untuk menjual Skim ini dan menunggu sehingga para pekerja membuat keputusan.
Kenyataan dikeluarkan oleh:

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung

Click for Home

© 2000 Parti Sosialis Malaysia. Webspace developed by the Sasquatch Monkey Co..